Aku rasa sangatlah susah untuk menasihati dan juga untuk mendengar nasihat....Kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun namun orang yang dinasihati tidak juga berubah, masih sama seperti itu juga.Walau bagaimanapun dalam sesetengah kes ada juga yang sekali nasihat dah jadik dah...terpulang kepada individu, masing-masing ada cara sendiri dalam memberi nasihat dan menerima nasihat. Sedih Geram Helpless Bengang Marah Sedih balik Rasa macam nak biarkan aje dirinya, tapi aku amat menyayangi hamba Allah ini. Mana mungkin aku terus membiarkan dirinya begitu sahaja. Tapi aku dah tak berdaya,dia seorang yang degil, sudah ketandusan idea. Semua cara aku dah buat, cara lembut, cara slow, kiasan sampai tahap aku marahkan dia tapi ..... Orang cakap nasihat biarlah berhikmah, tapi macam mana kalau hikmah dah habis mestilah rasa nak marah jugak kan? dah banyak dah tolak ansur ..last2 aku yang menjadi mangsanya semula. Semua kesalahan dibalikkan pada aku. Aku ke yang salah?? Aku buntu, adakah aku lemah sebagai penasihat? atau pintu hatinya memang tidak terbuka untuk menerima caraku menasihatinya? Tapi kenapa dia boleh terima nasihat orang lain? Allah itu Maha Kaya....dalam usaha aku menasihati mereka yang lain, diri aku sendiri yang ternasihat.Diri aku yang dinasihati, terdidik tentang kelemahan diri aku sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan tiada apa yang boleh berlaku tanpa izin daripadaNYA. Akhirnya aku hanya mampu berserah..........
" Seandai dirinya tercipta untukku...relaku menjadi miliknya"
" Seandai dirinya tercipta untukku...relaku menjadi miliknya"



